Assalamualaikum w.b.t salam 1 Malaysia, bertarikh 26.02.2010 iaitu pada hari Jumaat, satu kursus yang dinamakan 1 PEMUDA WIRA BANGSA, telah dilancarkan oleh Perhubungan UMNO Negeri Perak di bawah biro Sekretariat Latihan. Biro ini dipengerusikan oleh Y.B. Dato' Shaarani bin Mohamad yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan, Perladangan dan Kebajikan Negeri Perak. Kursus dijalankan di Kampung Bahru (3) hari dan berakhir pada ahad berikutnya.
Pada hari tersebut (jumaat) Ketua Pemuda UMNO Bahagian Lumut, saudara Shahril bin Yahaya hadir mewakili Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Perak bagi upacara simbolik penyerahan peserta-peserta Program 1 PEMUDA WIRA BANGSA kepada Pengarah Program ini yang popular dengan panggilan PAK NGAH.
Sesi ambilan ini adalah yang ke-2 telah melibatkan UMNO Bahagian Lumut selaku tuan rumah. Bagi menyokong program ini, UMNO Bahagian Lumut telah menghantar 20 orang dari pelbagai cawangan dan AJK Pemudanya. Menyambut baik kehadiran 231 orang peserta dari seluruh bahagian Umno Negeri Perak, namun, bilangan peserta terpaksa dihadkan kerana ingin menumpukan pencapaian objektif program serta matlamat pemuda yang berkualiti. Walaupun begitu , berikutan program ini disambut baik penerimaannya dikalangan pemuda, sesi ambilan seterusnya akan di adakan di beberapa peringkat lagi.
Syukur dengan kerjasama dan usaha gigih kesemua bahagian UMNO, program ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Program ini mematangkan minda belia khususnya ahli UMNO untuk diterapkan semangat cintakan Negara, mengetahui selok belok atau asal usul negara, sejarah Negara, dan pentadbiran perlembagaan disemat di hati para peserta. Program ini di jalankan penuh pengisian, harmoni, aman, dan menyeronokkan.
- Saudara Shahril bin Yahaya memberi ucapan mewakili Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Perak.
- Para peserta yang hadir dari 24 Bahagian UMNO Perak.