PEMUDA JULANG MARUAH NEGARA..


Ketua Pemuda saudara Shahril Yahaya dan wakil AJK Pemuda mebuat laporan polis

23 Mac 2010 Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Lumut diketuai oleh saudara Shahril bin Yahaya,Ketua Penerangan Pemuda bahagian Lumut saudara Ramli Zakaria dan para AJK Pemuda Bahagian mengambil tindakan serius MEMBUAT LAPORAN POLIS atas pendedahan YB Zulkifli Noordin,Kulim Bandar Bahru yang mendedahkan "rahsia-rahsia" taktik kotor ketua pembangkang berhubung misi 16 september yang mana hangat didedahkan segala perbuatan yang tidak bertanggungjawab oleh YB DS Anuar Ibrahim mencemarkan nama Yang Dipertuan Agong dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).Keadaan ini Pemuda bahagian lumut tidak membiarkan sewenang-wenangnya kerana telah mencabuli maruah istitusi raja-raja dan pasukan keselamatan negara khusus ATM. "mahu pihak polis menyiasat pendedahan dalam parlimen itu dan tindakan keras perlu diambil terhadap Anuar Ibrahim,siasatan ini memberikan pengajaran agar tiada pihak yang boleh sesuka hati mencemarkan dan mempersendakan nama baginda dan ATM" kata Shahril Yahaya.

  • keratan akhbar SINAR tarikh 25 Mac 2010