Mati hidup semula..



Assalamualaikum w.b.t..salam muhibah,salam 1 Malaysia.Pada 24.02.2010 rombongan AJK Pemuda Bahagian Lumut telah ke rumah saudara Eddy yang merupakan ahli pemuda cawangan Pasir Panjang Laut. Dia yang terlibat dalam musibah jalan raya di Bukit Beruntung bernasib baik kerana terselamat walaupun mengalami kecederaan patah tulang belakang. Mengimbas kembali insiden tersebut , katanya , kejadian berlaku pada waktu malam apabila dia gagal mengelak sebuah lori dan terbabas lalu kereta yang dipandunya terbalik. Ketika kejadian , cuma mereka berlima di dalam kereta. Eddy tercampak keluar sejauh 50 meter. Akibat hentakan yang kuat pada bahagian belakang badannya, tulang L1 patah. Walaubagaimanapun , 3 orang dari mereka terselamat , manakala 2 yang lainnya parah. Mereka dihantar ke Hospital Sungai Buloh Selangor.Alat sokongan tulang belakang yang di pakai oleh saudara Eddy seperti gambar di atas menelan kos RM2000.00. Atas keperihatinan Ketua Pemuda Bahagian Lumut saudara Shahril Yahaya dan barisan AJK memberi sumbangan kepada saudara Eddy.Syukur Ya Allah kerana memanjangkan umur saudara kami ini,semoga beransur pulih.