Selangkah ke hadapan ... Blog ini di alih ke laman web kami di

JASAMU DIKENANG..


Perihatin Ketua Pemuda UMNO saudara Shahril Yahaya menghulurkan bantuan



Sebahagian AJK Pemuda yang hadir dan Pengerusi Biro Kebajikan Pemuda
Saudara Aziz ishak.Lawatan ini adalah secara segera sebaik saja mendengar
berita mengenainya.


1.4.2010 Hospital Angkatan Tentera di Pangkalan TLDM Lumut,Ketua Pemuda UMNO Bahagian Lumut saudara Shahril Yahaya serta wakil AJK menziarah bapa kepada salah seorang AJK Pemuda yang mengidap panyakit kencing manis sejak 30 tahun.Beliau bernama En.Muhammad b.Yeop berumur 77 tahun merupakan bekas tentera yang pernah berkhidmat di Congo.Kehadiran Pemuda Bahagian Lumut amat mengembirakan beliau.Saudara Shahril Yahaya dengan rasa perihatin menghulurkan bantuan kewangan bagi perbelanjaan harian.

PEMUDA JULANG MARUAH NEGARA..


Ketua Pemuda saudara Shahril Yahaya dan wakil AJK Pemuda mebuat laporan polis

23 Mac 2010 Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Lumut diketuai oleh saudara Shahril bin Yahaya,Ketua Penerangan Pemuda bahagian Lumut saudara Ramli Zakaria dan para AJK Pemuda Bahagian mengambil tindakan serius MEMBUAT LAPORAN POLIS atas pendedahan YB Zulkifli Noordin,Kulim Bandar Bahru yang mendedahkan "rahsia-rahsia" taktik kotor ketua pembangkang berhubung misi 16 september yang mana hangat didedahkan segala perbuatan yang tidak bertanggungjawab oleh YB DS Anuar Ibrahim mencemarkan nama Yang Dipertuan Agong dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).Keadaan ini Pemuda bahagian lumut tidak membiarkan sewenang-wenangnya kerana telah mencabuli maruah istitusi raja-raja dan pasukan keselamatan negara khusus ATM. "mahu pihak polis menyiasat pendedahan dalam parlimen itu dan tindakan keras perlu diambil terhadap Anuar Ibrahim,siasatan ini memberikan pengajaran agar tiada pihak yang boleh sesuka hati mencemarkan dan mempersendakan nama baginda dan ATM" kata Shahril Yahaya.

  • keratan akhbar SINAR tarikh 25 Mac 2010

Bersama Perkasakan Pemuda Perak

Assalamualaikum w.b.t salam 1 Malaysia, bertarikh 26.02.2010 iaitu pada hari Jumaat, satu kursus yang dinamakan 1 PEMUDA WIRA BANGSA, telah dilancarkan oleh Perhubungan UMNO Negeri Perak di bawah biro Sekretariat Latihan. Biro ini dipengerusikan oleh Y.B. Dato' Shaarani bin Mohamad yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan, Perladangan dan Kebajikan Negeri Perak. Kursus dijalankan di Kampung Bahru (3) hari dan berakhir pada ahad berikutnya.

Pada hari tersebut (jumaat) Ketua Pemuda UMNO Bahagian Lumut, saudara Shahril bin Yahaya hadir mewakili Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Perak bagi upacara simbolik penyerahan peserta-peserta Program 1 PEMUDA WIRA BANGSA kepada Pengarah Program ini yang popular dengan panggilan PAK NGAH.
Sesi ambilan ini adalah yang ke-2 telah melibatkan UMNO Bahagian Lumut selaku tuan rumah. Bagi menyokong program ini, UMNO Bahagian Lumut telah menghantar 20 orang dari pelbagai cawangan dan AJK Pemudanya. Menyambut baik kehadiran 231 orang peserta dari seluruh bahagian Umno Negeri Perak, namun, bilangan peserta terpaksa dihadkan kerana ingin menumpukan pencapaian objektif program serta matlamat pemuda yang berkualiti. Walaupun begitu , berikutan program ini disambut baik penerimaannya dikalangan pemuda, sesi ambilan seterusnya akan di adakan di beberapa peringkat lagi.

Syukur dengan kerjasama dan usaha gigih kesemua bahagian UMNO, program ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Program ini mematangkan minda belia khususnya ahli UMNO untuk diterapkan semangat cintakan Negara, mengetahui selok belok atau asal usul negara, sejarah Negara, dan pentadbiran perlembagaan disemat di hati para peserta. Program ini di jalankan penuh pengisian, harmoni, aman, dan menyeronokkan.

  • Saudara Shahril bin Yahaya memberi ucapan mewakili Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Perak.
  • Para peserta yang hadir dari 24 Bahagian UMNO Perak.

Mati hidup semula..



Assalamualaikum w.b.t..salam muhibah,salam 1 Malaysia.Pada 24.02.2010 rombongan AJK Pemuda Bahagian Lumut telah ke rumah saudara Eddy yang merupakan ahli pemuda cawangan Pasir Panjang Laut. Dia yang terlibat dalam musibah jalan raya di Bukit Beruntung bernasib baik kerana terselamat walaupun mengalami kecederaan patah tulang belakang. Mengimbas kembali insiden tersebut , katanya , kejadian berlaku pada waktu malam apabila dia gagal mengelak sebuah lori dan terbabas lalu kereta yang dipandunya terbalik. Ketika kejadian , cuma mereka berlima di dalam kereta. Eddy tercampak keluar sejauh 50 meter. Akibat hentakan yang kuat pada bahagian belakang badannya, tulang L1 patah. Walaubagaimanapun , 3 orang dari mereka terselamat , manakala 2 yang lainnya parah. Mereka dihantar ke Hospital Sungai Buloh Selangor.Alat sokongan tulang belakang yang di pakai oleh saudara Eddy seperti gambar di atas menelan kos RM2000.00. Atas keperihatinan Ketua Pemuda Bahagian Lumut saudara Shahril Yahaya dan barisan AJK memberi sumbangan kepada saudara Eddy.Syukur Ya Allah kerana memanjangkan umur saudara kami ini,semoga beransur pulih.

Marahkan nyamuk kelambu dibakar..


Assalamualaikum w.b.t selawat ke atas Nabi junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.Maha Mengatahui Allah S.W.T maka Allah sahaja yang akan menghukum kepada mereka yang melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya.Pada tarikh 21.01.2010 suatu kejadian yang di anggap tidak bertanggungjawab dan tidak bertamadun.Sekeping papan tanda UMNO Bahagian Lumut untuk cawagan Taman Samudera dekat Seri Manjung dan kawasan DUN Pasir Panjang telah dirosakkan dengan mengunakan sebatang cangkul seperti gambar di atas.Apakah motif sebenar kejadian?...mengikut rekod cawangan tersebut baru diwujudkan pada tarikh 22.11.2009 bersamaan 60 hari umurnya.Dengan umur cawangan yang muda ini apakah salah yang dilakukan sehingga kejadian ini berlaku.Ini menunjukkan perbuatan khianat,hasad dan dengki atas penubuhan cawagan baru ini.Alhamdulillah ahli-ahli UMNO seluruhnya sungguh bersyukur dengan adanya cawangan baru ini,tetapi siapakah yang melakukannya?Ini jelas berdasarkan kerosakan fizikal papan tanda ini adalah perbuatan pihak-pihak yang terdesak seperti ungkapan ini “MARAHKAN NYAMUK KELAMBU DI BAKAR”…hanya manusia yang tidak menafaatkan akal dengan baik,tidak bertemadun,tidak dididik oleh ibu bapa,tiada didikan agama dengan betul walaupun pakaian seperti “kuat beragama” tapi belum tentu menjaminkan apa-apa dan taksub kepada penilaian sendiri hingga rosak akal,rosak ahlak,cemarkan akidah dan akhirnya rosakan harta benda orang tanpa hiraukan hukum di sisi agama.Sudah pasti tiada mengingati Allah dalam dirinya ketika melakukan perbuatan merosakan papan tanda ini.Kepimpinan UMNO Bahagian Lumut dan khususnya Pemuda UMNO dan ahli-ahlinya menentang sekeras-kerasnya perbuatan ini “kami sekerasnya mengutuk kejadian yang tidak bertanggungjawab ini satu perbuatan kotor tiada sikap moral/sivik yang tinggi,tiada menunjukan ada didikan beragama dan sentiasa mahu memecah belahkan umat” kata Ketua Pemuda Bahagian Lumut saudara Shahril bin Yahaya.Perbuatan ini sudah di laporkan kepada pihak Polis untuk tindakan lanjut.