Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Kehadapan para pengunjung blog Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Lumut yang dikasihi sekelian. Saya mendoakan saudara sekalian berada dalam keadaan sihat walafiat disamping menjalankan tugasan harian.
Kepada ahli-ahli Pemuda, ahli-ahli UMNO, rakan-rakan, sahabat-sahabat yang mengunjungi blog ini diharapkan dapat mendapat maklumat dan pengetahuan khususnya bagi mengikuti perjalanan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Lumut. Insyaalah segala program yang bakal dan akan dijalankan akan dikemaskini untuk rujukan saudara sekelian.
Jadikanlah blog ini sebagai suatu sumber rujukan dan maklumat yang diwujudkan agar Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Lumut dapat menyalurkan maklumat, program dan apa jua secara terbuka dengan secara berilmu dan ilmiah.
Pergerakan Pemuda UMNO, pewaris kepimpinan Agama, Bangsa dan Tanahair.
Wassalam dan terima kasih.
MOHD SHAHRIL BIN YAHAYA A.M.P
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Lumut.